Malaysia – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mendatangi sebuah premis restoran Cheese Naan terkenal yang terletak di kawasan Bangi, Selangor pada 14 Julai 2022 dan telah mengamankan empat orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Pakistan. Operasi ini dijalankan berdasarkan pengaduan warga setempat yang resah akan status tukang masak warga asing samada mempunyai dokumen yang sah dan sudah mendapat suntikan Typhoid untuk Pengendali makanan.
Unit QRT dari Bagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya telah mendatangi premis pada jam 10.00 waktu setempat malam dengan kekuatan sebanyak 12 orang Pegawai Imigresen.
Peringati Hari Bakti Ke-75 TNI AU Lanud Dhomber Tanam Pohon Mangrove
Semasa pemeriksaan dilakukan terdapat beberapa pekerja warga asing bekerja di dalam premis tersebut. Hasil pemeriksaan didapat empat orang lelaki warga Pakistan bekerja sebagai pembuat Cheese Naan dan tukang cuci. Petugas mendapati semua warga asing ini tidak mempunyai dokumen yang sah untuk bekerja di premis tersebut. Pemeriksaan turut dijalankan di asrama kediaman pekerja yang terletak tidak jauh dari lokasi premis.
Kempat PATI lelaki warga Pakistan yang berumur diantara 26 hingga 44 tahun ini ditahan dan dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. Selain itu, sebanyak dua notis untuk hadir memberi keterangan turut dikeluarkan kepada pekerja warga tempatan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan.
JIM mengingatkan kepada pekerja terutamanya majikan supaya tidak melindungi dan mempekerjakan PATI. Tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan jika didapati bersalah. Mereka bukan saja melanggar undang-undang sebaliknya meletakkan risiko yang tinggi atas pelanggan mereka khususnya restoran dan premis yang menyediakan makanan.
Jabatan ini amat menghargai keprihatinan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat tentang PATI serta majikan yang melindungi serta menggajikan PATI. Setiap orang supaya terus sosialisasikan maklumat supaya tindakan penguatkuasaan dan tindakan undang-undang dapat dilaksanakan kepada PATI dan majikan yang masih membandel. (Lis)
Sumber : PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
1 Komentar
Komentar ditutup.